Saturday 30 May 2009

Jika merindui si dia~

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
  • Bernikah dan membina rumah tangga langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

~Tiada pertemuan yg lbih manis slain kerana-Nya~

Tuesday 26 May 2009

Rindu

Susah berbicara tentang perasaan yg satu ini.Tanpa cinta,rindu bisa terlahir.Bahkan rindu mampu hadir tanpa mengenali siapa yg dirindui.

Teringat novel 'Ayat-ayat Cinta',bagaimana Fahri bersyair tentang rindu kepada isterinya, Aisha.Padahal,saat itu,beliau tidak mengenali isterinya apatah lagi bercinta.Pelik bukan?

Rindu itu adalah anugerah Allah
insan yg berhati nurani punyai rasa rindu
(Rindu by Hijjaz)
Setiap org pasti ada cabang rindunya.
Seorang anak yang merindui ibunya.
Rakan yang merindui gurau senda temannya.
Kekasih yang merindui gelak tawa pujaan hatinya.
Hamba yang merindui Penciptanya.

Saya pun tidak terlepas dari penangan rindu ini.Rindu mak ayah di rumah.Rindu utk bermain dgn adik2.Rindu utk mndgr cerita dari kak long.Rindu utk bersarapan bersama2 keluarga.Rindu utk menonton tv sehingga tertidur dgn emak.Rindu utk mendengar abah memarahi adik.Rindu utk melihat emak menanam pokok bunga.Rindu utk memerhati abah membaca suratkhabar.Rindukan segala-galanya.


Bagai penyakit yg memerlukan penawar,begitu juga rindu.Mungkin dgn berSMS,bertelefon,ber'chatting'.Atau mungkin dgn melihat gambar2.Begitu juga saya.Tetapi entah mengapa,sejak-sejak akhir ini,walaupun meluangkan masa berjam-jam menelefon mereka,tetapi masih tertinggal sisa rindu di lubuk hati ini.Walaupun telah ber'chatting' dan melihat gambar-gambar mereka,tetapi masih tak terlunas rindu ini.

Rindu itu adalah suatu derita yang amat bahagia kerana kerinduan itu adalah sebahagian nafas cinta dan akan membuat kita menjadi matang.

Ya Rabb,berikanlah sedikit ruang ketenangan.Hilangkanlah kegelisahan rindu ini.Semoga masa terasa cepat berlalu agar aku bisa bertemu dengan keluargaku.

Sesungguhnya jika rindu itu dirasai, rindulah pada seseorang yang merindui syahid dijalanNya.

Jika rindu seseorang…moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah…

Jangan biarkan rindu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaNya.


~Tiada pertemuan yg lbih manis slain kerana-Nya~


Sunday 10 May 2009

Kita brtanya,Quran mnjawab

Tiap2 hari kita mengangkat tangan,berdoa supaya dilindungi mala petaka,dipermudahkan segala urusan,dikurniakan kesihatan dan sebagainya.Tetapi,ada sahaja masalah yg melanda kita.Jika tiada masalah pelajaran,mgkin masalah dgn rakan2,ataupun masalah kewangan.Hati sering tertanya-tanya,tidak mengerti mengapa diri ini yang selalu ditimpa masalah.

Kita:
YA ALLAH,KENAPA AKU DIUJI?
Quran:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut:2-3)

Kita:KENAPALAH AKU TAK DAPAT APA YG AKU NAK?
Quran:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah:216)

Kita:BERATNYA UJIAN INI...AKU TAK MAMPU,YA ALLAH
Quran:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - (Surah Al-Baqarah:286)

Kita:FRUSTNYA....SEDIHNYA...
Quran:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." (Surah Al-Imran:139)

Kita:AKU DAH TAK LARAT DAH,YA ALLAH
Quran:
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf:12)

Kita:BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah :45)


Kita:HABIS,APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Quran:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah:111)


Kita:KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Quran:

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal(Surah At-Taubah:129)


Mungkin,
senang penyebab kita lupa pada Pencipta
manis menjauhkan kita daripadaNya
Justeru,
ujian dijadikan jambatan menuju Pencipta
derita dijadikan halangan laluan manisNya
Ingatlah,
Datangnya bahagia setelah bersua derita
Manisnya manis setelah pahit mnjelma



~Tiada pertemuan yg lbih manis slain kerana-Nya~