Sunday 7 February 2010

Amal Hati

bismillahhirahmanirrahim

Mungkin ramai rakan2 yg sdh mmbaca Usul Isyrin yang diasaskan oleh Imam Hasan Al-Banna.Saya shj yg baru terkedek-kedek nak baca.Apa-apa pun,alhamdulillah Allah bagi peluang utk saya baca.Terima kasih Allah atas nikmat ini =)

Usul Isyrin ini diwujudkan sbg garis kefahaman Islam yang sahih.Diterangkan dalam bentuk yang ringkas dan mudah agar dapat menahan daripada sebarang kesalahan dan penyelewengan.Beliau tak mahu umat Islam bergaduh pasal benda2 yang tak sepatutnya.Contohnya,ramai umat Islam kini bertingkah pasal fiqh.Setengah mengatakan boleh.Setengah lagi mengatakan tidak.Ada juga yg bertingkah pasal mazhab masing2.Masing2 sibuk menegakkan mazhab mereka yg plg benar.Wallahu alam.

Berbalik kpd Usul Isyrin.Ketika membaca Usul Isyrin,saya tertarik dgn usul ke 17.
Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

Amal hati dan amal anggota.Kedua-duanya penting.Tapi,amal hati lebih utama.Kenapa Imam Hasan Al-Banna berkata begitu?Bukankah dari sekolah rendah lagi kita diajar dgn ilmu anggota? Bagaimana mengambil wuduk,bagaimana menyucikan najis2,cara-cara mendirikan solat,dan sebagainya.Kemudian naik sekolah menengah,kita mendalami lagi sunnah2 rasulullah s.a.w.Ilmu hati sedikit sekali disentuh.

Amal hati itu boleh ditafsirkan sebagai ikhlas kerana Allah Taala.Segala yang dibuat,diucap,semuanya lillah hi taala.Ia ibarat tunjang segala ibadat.

Memetik kata Ibnul Qayyim : "Amal hati adalah pokok, sedangkan amal badan itu penyerta dan penyempurna. Sesungguhnya niat itu laksana ruh, sedangkan amal itu laksana badan, kalau ruh itu meninggalkan badan maka ia akan mati. Maka mempelajari hukum-hukum hati itu lebih penting daripada mempelajari hukum perbuatan badan." (Badai'ul Fawaid 3/244)

Seperti amal perbuatan,amal hati pun ada pasang surutnya.Kekadang,di tengah jalan ibadah,amal perbuatan berjalan meninggalkan amal hati.Contohnya,seorang pemimpin,yang dahulu berjuang kerana ingin menunjukkan jalan yang haq,tapi kecundang di tgh jln.Niatnya tersasar setelah dilimpahi wang dan kuasa.Keredhaan Allah tidak lagi menjadi destinasi perjuangannya.

Teringat kata-kata seorang penceramah.Katanya,beliau tidak pernah lupa berdoa supaya dielakkan sifat riya' dan takabbur.Takut nanti apabila masyarakat menghormati,memandang tinggi kepadanya,dia jadi lupa diri.Juga,dikhuatiri segala ceramahnya hanya bertujuan utk sanjungan dan pujian.

Dari Abu Hurairah, ia berkata : "Telah bersabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa belajar ilmu yang seharusnya ia mengharapkan wajah Allah 'Azza wa Jalla,kemudian ia belajar untuk mendapatkan sesuatu dari (harta) dunia, maka ia tidak akan mencium bau Syurga pada hari Kiamat."

Abdullah Ibnul Mubarak berkata: "Betapa banyak amal kecil (sedikit/sederhana) menjadi besar dengan sebab niatnya (keikhlasannya) dan betapa banyak amal yang besar (banyak) menjadi kecil nilainya dengan sebab niat (kerana tidak ikhlas).

Ya Allah,jadikan amalku semuanya keranaMu.Jauhkan aku dari perkara-perkara yang menjauhkan aku dengan Penciptaku.Amin.

Thursday 28 January 2010

harta kita bukan milik kita

ya allah,terkesan hati membaca entry ini.bukannya tak pernah membaca entry sebegini,tapi entah kenapa,di malam yg sayu begini,jiwa cepat betul terusik.

dalam bershopping,tiada sedikit pun halangan.salji,sejuk,orang yg bersesak-sesak,sedikit pun tidak melunturkan semangat bershopping yg telah menjadi sebati dalam diri ini.tapi,untuk bersedekah,atau berbelanja di jalan Allah,pasti teragak-agak.ada saja alasan yang diberi untuk menenangkan hati sendiri.

"bulan depan la...bulan ni banyak duit nak kena pakai"
"alah...banyak lagi cara nak beribadah selain bersedekah"

ya allah,ampunilah hambaMu ini.izinkanlah hambaMu ini berjalan mendekatiMu...

"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan(bagimu),dan di sisi Allah pahala yang besar"(Surah At-tagabun 64:15)

Tuesday 26 January 2010

tombo ati

bismillahhirrahmanirrahim...

buat teman2 yang sedang btungkus-lumus menghadapi peperiksaan dan tugasan akhir,semoga terus hingga ke akhir.(sebenarnya posting ini lebih ditujukan utk diri sendiri)

lesu,lelah,bosan...pelbagai rasa menerobos hati.kekurangan sesuatu mungkin.

apa taknya,setiap hari,celik mata,perkara pertama difikirkan adalah keperluan jasad.apa sahaja kemahuan jasad dituruti.tidak boleh lambat sedikit,pasti jasad memberontak,menangis-nangis.begitulah jasad,ditatang bagai minyak yang penuh.

tapi hati?dilupakan.hati sering menangis seorang diri.mengenang nasibnya.segala keperluannya diabaikan.apatah lagi kemahuannya,tidak pernah sekali diambil kisah.

sekarang,hati ditimpa sakit.lesu tidak bergerak.puas dikejut,tapi masih begitu.sakit hati semakin teruk.wajah hati yang dulu ceria,kini berubah menjadi pucat.kelam.tidak!!!hati tidak boleh terus dibiar begini.hati perlukan ubat!!!

********************************
Ubat hati ada lima perkara:-

1.baca quran dan maknanya
2.solat malam
3.berkumpullah dgn org soleh
4.perbanyakkan puasa
5.zikir malam berpanjangan

siapa yg bisa mnjalani,moga2 Allah Taala mencukupi =)




semoga hati cepat sembuh.amin

Sunday 3 January 2010

...

bismillahhirrahmanirrahim...

Diri ini malu sebenarnya.Ujian yang dihadapi tidak setara mana jika dibandingkan dgn insan-insan lain yang Kau pilih,tapi aku merintih menangis seperti aku lah insan yang paling terseksa di dunia ini.
Ya Allah,kuatkan lah aku Ya Allah.Jangan Engkau putuskan kasih sayangMu dariku Ya Allah.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut:2-3)

Wednesday 2 December 2009

kalimah la ilaha illa lallah

"kalau boleh,kau tggalkan lah..."kataku memujuknya.

"aku tau.aku tau couple 2 ni bnda yg tak baik.aku tau semua tuh.tapi,ntahla...aku sayangkan dia."

Aku diam.Membenarkan dia meneruskan kata-katanya.

"Aku syg sgt dgn dia.Bkn sng aku nk dpt laki mcm dia tuh.Dah la baik,dan plg penting,dia syg sgt kat aku."

"tapi kau tau kan,kapel2 ni lebih byk buruk dari baiknya.ntah2,takde baiknya langsung,selain seronok dalam dosa."
"boleh kau jamin selama kau bercouple,kau tdk melakukan prkara2 yg ditegah?berdua-duaan,melahirkan kata cinta dan sayang dgn bkn muhrim.melakukan maksiat hati dgn merindu-rindu dia yg x halal bagi kau...boleh kau bjnji smua tuh?Kalau kau boleh janji semua tuh,silakan ber'couple'.Aku janji lepas ni aku takkan larang kau"

"Aku tau smua tuh.tapi...."
"tapi,aku takut.aku takut sgt klu aku tinggalkan dia,aku takkan jumpa laki yg mcm dia.Aku tak sggup kehilangan dia.Aku tak sanggup",katanya sambil menangis teresak-esak.Meminta aku memahami apa yang bergolak di hatinya.


Inilah salah satu contoh.Perkara yg dipandang ringan,tp sebenarnya berat.
Cuba kita fikir kembali ayat yang kita selalu ucapkan di dalam zikir dan solat kita.


TIADA TUHAN(SEMBAHAN) SELAIN ALLAH


Apabila kita meletakkan sesuatu selepas Allah,secara sedar atau tidak,kita tlh 'tergelincir' dari landasan TIADA TUHAN(SEMBAHAN) SELAIN ALLAH.Kita menganggap 'couple' itu sbg sembahan kita.Kita terlupa utk mmpercayai suratan takdir ilahi.Kita terlupa apa itu Qada & Qadar yg kita belajar di zaman sekolah dulu.

Kita ber'iman' yang kapel itu yang membahagiakan kita,bukan Allah.Jika 'couple' itu hilang dari kita,kita ibarat hilang segala-galanya.Hidup bagai tiada makna.Hilang segala seri dan kebahagiaan kita.

Igtlah wahai sahabatku,
siapakah pemberi nikmat seri dan bahagia itu?
siapakah yang mencatur hidup kita?
siapakah yang menentukan jodoh kita yang tertulis di Lauh Mahfudz?

Sama-samalah kita berdoa agar Allah memudahkan jalanmu,wahai sahabatku.Perkara yang susah bagi kita adalah pengorbanan yg dipandang tinggi oleh Sang Rabbi.

Berimanlah bahawa ganjaran Allah itu pasti ada utk org yang bersusah payah kerna-Nya.
“Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan) nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya.” (Al Muzammil: 20)
~Tiada pertemuan yg lbih manis selain kerana-Nya~

Thursday 22 October 2009

Sibuk itu nikmat???


Melihat teman2 bisa pulang awal dari kampus,berehat,berlengah2 menjalani kehidupan seharian,diri ini dihambat rasa cemburu."Kenapa dorang semua boleh balik awal?""Kenapa lab aku tak sama dgn lab org lain?"Pelbagai soalan menggambarkan ketidakpuasan hati berlegar-legar di minda.

Tetapi,apabila difikirkan seteliti-telitinya,jiwa ini patut bersyukur 'dikurniakan' kesibukan ini.Teringat satu petikan yang mengatakan SIBUK ITU SATU NIKMAT.Pabila membaca tajuk ini,susah utk hati menerimanya.


"Sibuk itu nikmat?"

"Kalau benar sibuk itu nikmat,kenapa semua orang tak suka sibuk?"
"Kalau benar sibuk itu nikmat,kenapa lapang yang dipilih jika disuruh memilih antara sibuk dan lapang?"

Tak mungkin!


Tetapi tak mengapa,saya beri peluang kepada diri sendiri utk memahami dan menerima kenapa sang penulis berpendapat begitu.Tak sangka,tulisannya benar2 mengubah pandangan dan penilaian saya terhadap 'buruknya' sibuk.Dan yang paling penting,tulisannya benar2 menyuntik semangat saya.Memberi semangat di kala jiwa ini merasa sedikit letih.Terima kasih saudaraku.


Katanya,"Allah kurniakan kesibukan kepada kita,kerana merasa kelapangan tidak baik utk kita".....
Katanya lagi,"Mungkin,kelapangan itu akan melalaikan kita"...

Setelah difikir-fikir,benar,mungkin lapang tidak sesuai dgn saya buat masa ini.Jika saya lapang,saya akan berasa bosan dan buntu.Mungkin juga,lapang membenarkan saya melakukan perkara terkutuk.Wallahualam........
"Tuhan yang mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang paling baik amalannya. Dan Dia Maha Mulia dan Maha Pengampun"(Al-Mulk:2)
Namun,harus diingat,janganlah kita jadikan sibuk sebagai lesen untuk melupakan Pencipta.

p/s:Tanpa 'sibuk',manusia kita tak kenal siapa 'lapang'


~Tiada pertemuan yg lbih manis selain kerana-Nya~

Monday 31 August 2009

letih berbuat kbaikan

Buat sahabat yang merasa letih dgn apa yg diperjuangkan,dgn apa yg dipertahankan...

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib