Wednesday 8 July 2009

kaya & nikmat kaya

"Ana belajar elok2 ye.Nanti bila dah besar,Ayah nk tgk anak ayah berjaya",pesan seorang ayah,sambil mengusap-usap kepala anaknya.Kedut di wajah si ayah menggambarkan betapa si ayah letih memerah kudrat,walaupun telah ditelan usia.Di dapur pula,si ibu sibuk menyediakan juadah.

"Abaaang,Ana...mari makan.Hari ini ibu masak ikan masin",kata ibu sambil melemparkan senyum.
"Yeay!Yeay!hari ini ada ikan masin.Ibu memang 'best' la",kata Ana sambil berlari-lari ke sinki usang membasuh tangan.
Sementara itu,si ayah berbisik di telinga ibu,"Yah,abang minta maaf.Ini je yang abang mampu.Hujan lebat,hasil tangkapan tiada".
"Tak mengapa bang,ikan masin pun sedap juga.Mari bang",balas ibu.


Sementara itu,di celah-celah ibu kota,terdapat sebuah mahligai yang dihuni sebuah keluarga.Setiap pagi si ayah pergi ke pejabat,berbincang dengan rakan-rakan bisnesnya dan bermesyurat bersama kakitangan-kakitangannya.Cukup bulan,si ayah pasti menerima keuntungan beratus-ratus ribu ringgit.
Pulang ke rumah,si ayah memanggil anaknya,"Adam,come here"
"Yeah dad",terdengar si anak berlari-lari dari tingkat atas.
"Nah,ini elaun you untuk this month",si ayah menghulurkan beberapa kepingan not kertas.
"RM 5,000 je dad?",Adam meninggikan suara,tanda tidak berpuas hati.
"Yup.Any problem?"balas ayah tenang.Bagai sudah menjangka tindakan Adam.

Di bilik,si ayah berbincang dengan si ibu.
"You,kenapa bil kad kredit bulan ini banyak sangat?You shopping apa?"
"Ala,i beli je.Sampai tak sedar dah sampai limit.You jangan la berkira dengan i",pujuk isteri bersuara manja.
"You ni cuba faham i.I macam-macam nak kena fikir.I nak kena bayar kad kredit you,kad kredit Adam lagi,rumah,kereta.Cuba you faham sikit",si ayah bernada tinggi tanpa sedar.
"Okay,fine!Lepas ini biarlah i tak ada kereta,biar i tak beli baju",si isteri berlalu sambil marah.

2 situasi yang sangat berbeza.Jika ditanya,'keluarga mana yang lebih kaya?''Keluarga mana yang lebih dicemburui?',pasti akal tanpa perlu berfikir panjang,akan mengatakan,keluarga yang kedua yang lebih kaya,yang lebih dicemburui.

Walaupun kelihatan keluarga kedua itu kaya,tetapi mereka sentiasa berasa tidak cukup.Pendapatan yang diraih itu,walaupun mencecah beratus-ratus ribu,sentiasa tidak memadai kepada keluarga itu.
Berbeza dengan keluarga pertama,walaupun hanya ikan masin yang menjadi juadah mereka,tetapi mereka sentiasa berasa cukup.Hasil pendapatan yang tidak menentu tidak pernah menghalang keluarga itu untuk bahagia.

Inilah yang dikatakan 'nikmat kaya'.Harta dan pangkat bukanlah sijil untuk terima 'nikmat kaya'.Beruntunglah siapa yang dianugerahi 'nikmat kaya',kerana beras yang secupak pun dianggap emas yang menggunung.

~Tiada pertemuan yg lbih manis selain kerana-Nya~