Sunday 7 February 2010

Amal Hati

bismillahhirahmanirrahim

Mungkin ramai rakan2 yg sdh mmbaca Usul Isyrin yang diasaskan oleh Imam Hasan Al-Banna.Saya shj yg baru terkedek-kedek nak baca.Apa-apa pun,alhamdulillah Allah bagi peluang utk saya baca.Terima kasih Allah atas nikmat ini =)

Usul Isyrin ini diwujudkan sbg garis kefahaman Islam yang sahih.Diterangkan dalam bentuk yang ringkas dan mudah agar dapat menahan daripada sebarang kesalahan dan penyelewengan.Beliau tak mahu umat Islam bergaduh pasal benda2 yang tak sepatutnya.Contohnya,ramai umat Islam kini bertingkah pasal fiqh.Setengah mengatakan boleh.Setengah lagi mengatakan tidak.Ada juga yg bertingkah pasal mazhab masing2.Masing2 sibuk menegakkan mazhab mereka yg plg benar.Wallahu alam.

Berbalik kpd Usul Isyrin.Ketika membaca Usul Isyrin,saya tertarik dgn usul ke 17.
Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

Amal hati dan amal anggota.Kedua-duanya penting.Tapi,amal hati lebih utama.Kenapa Imam Hasan Al-Banna berkata begitu?Bukankah dari sekolah rendah lagi kita diajar dgn ilmu anggota? Bagaimana mengambil wuduk,bagaimana menyucikan najis2,cara-cara mendirikan solat,dan sebagainya.Kemudian naik sekolah menengah,kita mendalami lagi sunnah2 rasulullah s.a.w.Ilmu hati sedikit sekali disentuh.

Amal hati itu boleh ditafsirkan sebagai ikhlas kerana Allah Taala.Segala yang dibuat,diucap,semuanya lillah hi taala.Ia ibarat tunjang segala ibadat.

Memetik kata Ibnul Qayyim : "Amal hati adalah pokok, sedangkan amal badan itu penyerta dan penyempurna. Sesungguhnya niat itu laksana ruh, sedangkan amal itu laksana badan, kalau ruh itu meninggalkan badan maka ia akan mati. Maka mempelajari hukum-hukum hati itu lebih penting daripada mempelajari hukum perbuatan badan." (Badai'ul Fawaid 3/244)

Seperti amal perbuatan,amal hati pun ada pasang surutnya.Kekadang,di tengah jalan ibadah,amal perbuatan berjalan meninggalkan amal hati.Contohnya,seorang pemimpin,yang dahulu berjuang kerana ingin menunjukkan jalan yang haq,tapi kecundang di tgh jln.Niatnya tersasar setelah dilimpahi wang dan kuasa.Keredhaan Allah tidak lagi menjadi destinasi perjuangannya.

Teringat kata-kata seorang penceramah.Katanya,beliau tidak pernah lupa berdoa supaya dielakkan sifat riya' dan takabbur.Takut nanti apabila masyarakat menghormati,memandang tinggi kepadanya,dia jadi lupa diri.Juga,dikhuatiri segala ceramahnya hanya bertujuan utk sanjungan dan pujian.

Dari Abu Hurairah, ia berkata : "Telah bersabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa belajar ilmu yang seharusnya ia mengharapkan wajah Allah 'Azza wa Jalla,kemudian ia belajar untuk mendapatkan sesuatu dari (harta) dunia, maka ia tidak akan mencium bau Syurga pada hari Kiamat."

Abdullah Ibnul Mubarak berkata: "Betapa banyak amal kecil (sedikit/sederhana) menjadi besar dengan sebab niatnya (keikhlasannya) dan betapa banyak amal yang besar (banyak) menjadi kecil nilainya dengan sebab niat (kerana tidak ikhlas).

Ya Allah,jadikan amalku semuanya keranaMu.Jauhkan aku dari perkara-perkara yang menjauhkan aku dengan Penciptaku.Amin.

Thursday 28 January 2010

harta kita bukan milik kita

ya allah,terkesan hati membaca entry ini.bukannya tak pernah membaca entry sebegini,tapi entah kenapa,di malam yg sayu begini,jiwa cepat betul terusik.

dalam bershopping,tiada sedikit pun halangan.salji,sejuk,orang yg bersesak-sesak,sedikit pun tidak melunturkan semangat bershopping yg telah menjadi sebati dalam diri ini.tapi,untuk bersedekah,atau berbelanja di jalan Allah,pasti teragak-agak.ada saja alasan yang diberi untuk menenangkan hati sendiri.

"bulan depan la...bulan ni banyak duit nak kena pakai"
"alah...banyak lagi cara nak beribadah selain bersedekah"

ya allah,ampunilah hambaMu ini.izinkanlah hambaMu ini berjalan mendekatiMu...

"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan(bagimu),dan di sisi Allah pahala yang besar"(Surah At-tagabun 64:15)

Tuesday 26 January 2010

tombo ati

bismillahhirrahmanirrahim...

buat teman2 yang sedang btungkus-lumus menghadapi peperiksaan dan tugasan akhir,semoga terus hingga ke akhir.(sebenarnya posting ini lebih ditujukan utk diri sendiri)

lesu,lelah,bosan...pelbagai rasa menerobos hati.kekurangan sesuatu mungkin.

apa taknya,setiap hari,celik mata,perkara pertama difikirkan adalah keperluan jasad.apa sahaja kemahuan jasad dituruti.tidak boleh lambat sedikit,pasti jasad memberontak,menangis-nangis.begitulah jasad,ditatang bagai minyak yang penuh.

tapi hati?dilupakan.hati sering menangis seorang diri.mengenang nasibnya.segala keperluannya diabaikan.apatah lagi kemahuannya,tidak pernah sekali diambil kisah.

sekarang,hati ditimpa sakit.lesu tidak bergerak.puas dikejut,tapi masih begitu.sakit hati semakin teruk.wajah hati yang dulu ceria,kini berubah menjadi pucat.kelam.tidak!!!hati tidak boleh terus dibiar begini.hati perlukan ubat!!!

********************************
Ubat hati ada lima perkara:-

1.baca quran dan maknanya
2.solat malam
3.berkumpullah dgn org soleh
4.perbanyakkan puasa
5.zikir malam berpanjangan

siapa yg bisa mnjalani,moga2 Allah Taala mencukupi =)




semoga hati cepat sembuh.amin

Sunday 3 January 2010

...

bismillahhirrahmanirrahim...

Diri ini malu sebenarnya.Ujian yang dihadapi tidak setara mana jika dibandingkan dgn insan-insan lain yang Kau pilih,tapi aku merintih menangis seperti aku lah insan yang paling terseksa di dunia ini.
Ya Allah,kuatkan lah aku Ya Allah.Jangan Engkau putuskan kasih sayangMu dariku Ya Allah.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut:2-3)