Wednesday 2 December 2009

kalimah la ilaha illa lallah

"kalau boleh,kau tggalkan lah..."kataku memujuknya.

"aku tau.aku tau couple 2 ni bnda yg tak baik.aku tau semua tuh.tapi,ntahla...aku sayangkan dia."

Aku diam.Membenarkan dia meneruskan kata-katanya.

"Aku syg sgt dgn dia.Bkn sng aku nk dpt laki mcm dia tuh.Dah la baik,dan plg penting,dia syg sgt kat aku."

"tapi kau tau kan,kapel2 ni lebih byk buruk dari baiknya.ntah2,takde baiknya langsung,selain seronok dalam dosa."
"boleh kau jamin selama kau bercouple,kau tdk melakukan prkara2 yg ditegah?berdua-duaan,melahirkan kata cinta dan sayang dgn bkn muhrim.melakukan maksiat hati dgn merindu-rindu dia yg x halal bagi kau...boleh kau bjnji smua tuh?Kalau kau boleh janji semua tuh,silakan ber'couple'.Aku janji lepas ni aku takkan larang kau"

"Aku tau smua tuh.tapi...."
"tapi,aku takut.aku takut sgt klu aku tinggalkan dia,aku takkan jumpa laki yg mcm dia.Aku tak sggup kehilangan dia.Aku tak sanggup",katanya sambil menangis teresak-esak.Meminta aku memahami apa yang bergolak di hatinya.


Inilah salah satu contoh.Perkara yg dipandang ringan,tp sebenarnya berat.
Cuba kita fikir kembali ayat yang kita selalu ucapkan di dalam zikir dan solat kita.


TIADA TUHAN(SEMBAHAN) SELAIN ALLAH


Apabila kita meletakkan sesuatu selepas Allah,secara sedar atau tidak,kita tlh 'tergelincir' dari landasan TIADA TUHAN(SEMBAHAN) SELAIN ALLAH.Kita menganggap 'couple' itu sbg sembahan kita.Kita terlupa utk mmpercayai suratan takdir ilahi.Kita terlupa apa itu Qada & Qadar yg kita belajar di zaman sekolah dulu.

Kita ber'iman' yang kapel itu yang membahagiakan kita,bukan Allah.Jika 'couple' itu hilang dari kita,kita ibarat hilang segala-galanya.Hidup bagai tiada makna.Hilang segala seri dan kebahagiaan kita.

Igtlah wahai sahabatku,
siapakah pemberi nikmat seri dan bahagia itu?
siapakah yang mencatur hidup kita?
siapakah yang menentukan jodoh kita yang tertulis di Lauh Mahfudz?

Sama-samalah kita berdoa agar Allah memudahkan jalanmu,wahai sahabatku.Perkara yang susah bagi kita adalah pengorbanan yg dipandang tinggi oleh Sang Rabbi.

Berimanlah bahawa ganjaran Allah itu pasti ada utk org yang bersusah payah kerna-Nya.
“Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan) nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya.” (Al Muzammil: 20)
~Tiada pertemuan yg lbih manis selain kerana-Nya~

9 comments:

Anonymous said...

salam..

time kasih atas sharing nye cik ichi.

-rahmah yg cun..

Unknown said...

kak ichi.. fza nak letak as entri dlm blog fza bule?

-fza_2nen yamaguchi-

Anonymous said...

salam... menumpang lalu...
menarik entry adik ni. cuba mengupas persoalan 'taboo' di kalangan kita, iaitu couple. sebagai kakak yg juga pernah couple, tapi dberi hidayah (alhamdulillah) setelah mendirikan rumahtangga, masih lagi memikul bebanan 'kenangan2' dosa waktu couple dulu. huhu..

dosa waktu couple bukan pada yg zahir aje, bukan pada berpegang tangan, memaut pinggang, bersentuhan, tapi termasuklah yg di dalam dada - yakni hati yg asik teringatkan si dia. (hati yg sepatutnya mengingat Allah.. dijadikan oleh Allah utk mengingat Dia).

bagi akak, tiada indahnya couple tu sbb kita sentiasa diburu bayang2 sendiri, yang fitrahnya takutkan Allah, tp cuba melampaui fitrah tu.
keep up the good work ya!

-Ummu Umar-

Zilal said...

salam ukhuwah fillah kak ici...

hikhik...even, saya tak de pengalaman couple nih, tp, bg saya, memahami, kejernihan, kesucian, keluhuran hati yg sebenar itu, bisa memberikan kekuatan tenaga dr arah yg kita tak tahu, semata-mata mengejar redha Ilahi.
couple tuh benda yg nampakkan...benda yg tak nmpak, tp, jadi Illah dlm hati pon banyakkan...

wallahualam..
saya suke kak ici..yes!!

doblen said...

rahmah:kocchi koso,arigato^_^.u pon byk kongsi ngn i.

fza:sile2.kite kongsi ngn org len gak

ummu umar:thnx ats nasihat akk.bnr2 bguna buat sy.

zilal:thnx.akk pon tgh fkir2 ilah yg lain.zilal tau cth2 ilah yg lain?

Liyana said...

salam ziarah!

baru pertama kali singgah sini.
topik yang menarik dan berani.
bukan mudah orang nak terima tentang isu ini

saya nak link kan blog ini boleh?

FloWeR LoVeR said...

salam...
nice ichi..xramai yg berani tulis ttg illah kapel ni but alhamdulillah u make it great and easy to understand....:)
Allah sebenarnya cemburu kalau hati kita mengingati org lain lebih dari Dia kan...moga kita dijauhkan dari zina hati yg dilarang olehNya..=)

meow said...

salam..menarik k.ichi nyer entry .rase byk jer contoh illah yg lain..kadang2 benda tu kte nmpk cam baek di mata kita tp sbnrnye dlm x sedar kte dah menggantikan illah lain dlm hati kita..

doblen said...

puding karamel:silakan.sama2 kita share ilmu ni =)

ayu:btul.smoga kita semua jauh dari zina hati.

meow:tu la.byk lagi ilah yg kita nampak tapi kita tak sedar.moga Allah sentiasa beri petunjuk kpd kita semua.