Tuesday 9 June 2009

Carilah hatimu

Dalam usrah yg lalu,satu perkara yg sgt berharga telah saya pelajari.Tentang HATI.

“اُطْلُبْ قَلْبَكَ فِيْ ثَلاَثِ مَوَاطِنَ: عِنْدَ سَمَاعِ اْلقُرْآنِ، وَفِيْ مَجَالِسِ الذِّكْرِ، وَفِيْ أَوْقَاتِ اْلخُلْوَةِ، فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فِيْ هَذِهِ اْلمَوَاطِنَ، فَسَلِ اللهَ أَنْ يَمُنَّ عَلَيْكَ بِقَلْبٍ، فَإِنَّهُ لاَ قَلْبَ لَكَ.”

Carilah hatimu pada tiga tempat:
(1) saat mendengarkan Al-Qur`an,
(2) ketika dalam majlis dzikir, dan
(3) di saat sedang menyendiri.


"Jika kamu tidak mendapatinya pada ketiga tempat tadi, maka memohonlah kepada Allah agar kamu diberi hati, kerana kamu tidak memiliki hati lagi."

Pabila terdengarkan hadith ini,hati seakan-akan melonjak-lonjak ingin tahu tentang penting sangatkah sebuah hati?Hinggakan jika hati tiada,kita perlu memohon kepada Allah?Tak bolehkah hati itu dibiarkan sahaja ketiadaannya?

Sifat-sifat Hati

Di dalam diri seorang yang dipanggil insan(manusia),ia terbahagi kepada 3 komponen.Jasad,akal dan HATI.Dan sang hati ini pula ada 3 sifatnya:
  • Hati berkehendak
    Di sinilah lahirnya nafsu.Jika hati ada,maka nafsu boleh dikawal.
  • Hati membentuk keputusan
    "Dan jgnlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak ketahui.Kerana pendengaran,penglihatan dan HATI nurani,semua itu akan diminta dipertanggungjawabkan" (17:32)
    Ia dipertanggungjawabkan membuat keputusan.Apa yang harus dilakukan,apa yang perlu dielakkan,semua terletak pada hati.Kalau hitam kata hati,hitamlah jadinya.Kalau putih kata hati,maka putihlah semuanya.
  • Hati bebas memilih
    "Dan kami tunjukkan kepadanya 2 jalan(kebajikan & kejahatan)"(90:10)
Kalau Hati Lenyap

Jadi cuba bygkan kalau hati benar2 pergi dari kita?Kita ditinggalkan terkontang-kanting.Tidak berupaya membuat keputusan.Tidak mampu memilih mana yg benar,mana yg palsu.

Dan yg plg penting,kita akan kehilangan perasaan yg sering mengulit kita.Hati melahirkan dan membesarkan sayang,cinta,rindu,kasih dan sbgnya.Jadi kalau hati tiada,bagaimana perasaan2 ini?Adakah ia turut pergi bersama-sama hati?

Takutnya bila saat hati tiada.Mengaku menyayangi keluarga dan sahabat handai di sekeliling,tapi.....HATI tiada.

Pabila hati pergi,syukur pada Pencipta pun tiada.Bahagia apatah lagi.Takkan kunjung tiba.

Bila hati itu tiada
yang mekar menjadi layu
yang cerah menjadi kelam
yang ceria menjadi suram
yang gagah menjadi lemah
dan
yang hidup menjadi mati

Semua kerana HATI.

Jadi,utk mencari hati itu,carilah di tiga tempat tadi.Pohonlah pada penciptanya.


~Tiada pertemuan yg lbih manis selain kerana-Nya~

1 comment:

Nur said...

carilah hatimu...
ianya byk menyedarkn sy..