Friday 26 June 2009

Ego

ego, egotism, self-importance: an inflated feeling of pride in your superiority to others

Merasa Diri Lebih Baik

Ego...perasaan yg sgt dibenci.Tapi saya tak dapat nafikan yang,perasaan ego ini sgt susah ditepis.

Bayangkan,seorang bos yang culas apabila ditegur oleh pekerjanya.Sebagai orang yang lebih atas,susah untuk logik akal menerimanya.Orang yang menjadi bawahan kita,menegur cara kita bekerja.Sungguh tidak patut.

Bayangkan juga,seorang anak menegur kehidupan ibu bapanya.
"Mak,abah,tak baik tinggalkan solat.Berdosa.Jom,kita solat sama2"

"Eh,eh kau ni!Sejak bila dah pandai tegur aku nih??Kau ingat sikit,aku yang besarkan kau selama ni.!!"
Kesian si anak.Niat baiknya ditemplak.Sudahlah niatnya itu ditolak mentah2,dimarahi pula.

Dari sudut individu juga,kita tidak wajar merasa diri lebih baik dari orang lain.Memanglah perlu keyakinan diterapkan dalam diri,tetapi tidak perlu sampai merasa diri lebih baik dari orang lain.

Tertulis sudah di dalam Quran,Iblis yang sombong itu,bukan shj dihalau keluar dari syurga,malah di'iktiraf' sebagai makhluk yang hina.

Allah berfirman,"Apakah yang menghalangimu (sehingga)kamu tidak bersujud kepada Adam ketika Aku menyuruhmu?".Iblis menjawab,"Aku lebih baik daripada dia.Engkau ciptakan aku drpd api,sdgkan dia,Engkau ciptakan drpd tanah"(Surah Al-Araf:12)


Sebagai balasan terhadap Iblis yang berasa bongkak itu,...................

Allah berfirman,"Maka,turunlah kamu darinya syurga,kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya.Keluarlah!Sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina".(Surah Al-Araf:13)

Tidak Akui Kesalahan

Pelbagai lagi contoh mereka yang ego.Kesalahan sendiri dikatakan kesalahan orang lain.Mengambil satu contoh mudah,jikalau kita tersepak batu,wajarkah batu dipersalahkan?

Seorang pemuda yang hidupnya telah jauh
menyimpang dari landasan agama,memarahi ibu bapanya.Menuduh ibu bapanya yang tidak mengasuhnya dengan baik.Padahal,dia lupa bahawa segala tindak-tanduknya adalah berpunca daripada dirinya sendiri.Hatinya yang menentukan segalanya.Bukan hati ibu bapanya.

Iblis menjawab,"Kerana Engkau telah menyesatkan aku,pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus"(Surah Al-Araf:16)


Lihat!Iblis mengatakan Allah s.w.t yang MENYESATKANNYA.Dan bukannya dia yang TERSESAT.Betapa Iblis tidak malu berkata sebegitu.Melihat cara Iblis berkata,tidak keterlaluan apabila saya katakan bahawa Iblis ini seakan-akan makhluk yang bodoh sombong.Ego,tidak mahu mengaku bahawa dirinya yang tersesat.

Sungguh teruk sifat si Iblis ini.Tak mampu bayangkan kita menjadi makhluk sehina Iblis.Nauzubillah.Semoga kita terhindar dari sifat ego ini.

~Tiada pertemuan yg lbih manis selain kerana-Nya~

No comments: