Tuesday 30 June 2009

walaupun kecil,tetap besar

Abdullah bin Mubarak ialah seorang ulamak sufi yang terkenal suatu masa dahulu. Pada suatu hari di musim haji, Abdullah tertidur di Masjidil Haram. Dalam tidurnya dia bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit. Dari perbualan malaikat tersebut, ada perkara yang amat memeranjatkan Abdullah bin Mubarak.

Sebaik sahaja terjaga, Abdullah terus bertolak ke Damsyik. Itulah tempat yang disebutkan oleh dua malaikat di dalam mimpinya. Abdullah mahu mencari seorang tukang kasut bernama Muwaffaq.

Menurut dua malaikat itu, kebaikan yang dilakukan oleh Muwaffaq sangat disukai oleh Allah sehingga amalannya menjadi penyebab Allah menerima semua amalan haji yang dilakukan oleh jemaah haji pada musim itu. Abdullah berasa teruja untuk mengetahui bentuk amalan mulia yang dilakukan oleh Muwaffaq.


Apabila berjumpa dengan Muwaffaq, Abdullah terus bertanya tentang kebaikan yang pernah dilakukan oleh Muwaffaq dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.


Menurut Muwaffaq, "Pada suatu hari aku ingin meminta sedikit makanan dari jiranku setelah isteriku yang sedang mengandung terhidu bau masakan yang wangi dan menyelerakan dari rumahnya"

"Tetapi rupa-rupanya masakan yang dimasak itu ialah sedikit daging yang diambil dari bangkai seekor keldai yang ditemuinya. Ianya sekadar mengalas perut kerana sudah berhari-hari anaknya tidak makan..." Muaffaq menyambung cerita.
"Daging itu sudah tentu tidak halal bagiku. Tapi bagi anak-anak yatim yang kelaparan...ianya diharuskan" terang si ibu tunggal tersebut.

"Aku sungguh malu kepada diriku sendiri. Lalu aku pulang ke rumah dan mengambil semua wang yang selama ini aku simpan untuk menunaikan haji. Aku berikan semua wang tersebut kepadanya untuk membeli makanan dan menyara keperluan anak beranak. Dan aku berkata kepada diriku sendiri....`di sinilah hajiku`"cerita Muwaffaq panjang lebar.


Demikianlah besarnya pahala yang dilakukan oleh Muwaffaq...terutamanya dalam membantu orang-orang yang dalam kesusahan. Lebih-lebih lagi yang susah itu adalah anak yatim.

Apa yang dilakukan oleh Muwaffaq itu jika dibandingkan dgn ahli2 korporat zaman skrg yg menayang replika2 cek ketika mnderma,adalah sgt kecil.Tetapi Muwaffaq melakukannya dgn ikhlas,hingga layak mendapat pahala di sisi Allah.

----------------------------------------------------------------------------------

Nabi saw. bersabda kepada Aisyah "Pahalamu tergantung pada kesungguhanmu".

Cuma kadang-kadang kita apabila dihijab oleh kejahilan dan ketamakan maka kita akan jadi bakhil dan terlalu banyak berkira. Memberi sedekah sebenarnya diutamakan kepada kaum kerabat yang terdekat. Kaum kerabat yang paling dekat dengan kita ialah ahli keluarga kita sendiri. Hatta...seorang ibu yang berkerjaya memberi makan anak-anaknya dengan niat membantu suami juga merupakan satu sedekah. Biarlah...disebabkan perkara itu kita tidak disalut dengan emas berlian berkilo-kilo tetapi kita yakin duit yang kita belanjakan itu adalah milik kita yang kekal.....kerana ianya menunggu kita di akhirat kelak. Duit yang kita simpan belum tentu lagi milik kita kerana ianya akan jadi harta pusaka...apabila ianya ditinggalkan dan kita sudah meninggal dunia. Paling parah...waris pula bertelagah merebut harta pusaka.

Orang kata...nak ikhlas tu yang payah. Ianya kena mujahadah.....apabila ada lintasan-lintasan jahat dan syak wasangka....cepat-cepatlah pujuk hati. Banyakkan membaca sejarah-sejarah alim ulamak yang terdahulu. Melaluinya kita dapat mendidik hati kita...insyaAllah. Bersama-sama kita berusaha ke arah itu....

No comments: