Monday 16 March 2009

Hati-hati dengan hati


cinta dalam hati

sandaran hati


ketulusan hati


dua hati menjadi satu

patah hati


Beberapa tajuk lagu yg dapat saya senaraikan.Terdapat satu perkataan yg amat jelas,yg dapat kita lihat pd stiap tajuk2 lagu itu,iaitu HATI.Ibarat aur dan tebing,begitulah lagu2 cinta yg tidak boleh lari dari mggunakan hati sbg objek dalam pnyampaiannya. Hati wujud dalam setiap makhluk bernama insan.Seorang jurutera,seorang nelayan,seorang pengemis,seorang ibu tua,hatta seorang bayi kecil yang baru mngenal dunia pun mmpunyai hati.Apakah kelebihan hati ini?

"Ketahuilah bahawa di dlm jasad itu trdapat segumpal daging,bila ia baik maka baiklah jasad itu,dan bila ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad,ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah HATI"
(HR Bukhari & Muslim)

   Begitulah kelebihan sang hati.Begitu besar impaknya kpd jasad seorg manusia.Baik dan buruknya sesebuah jasad itu terletak pada hatinya.Saiznya terlalu kecil jika dibandingkan dgn jasad yg beberapa kali ganda besar darinya.Tetapi,fungsinya begitu besar sekali,sehingga mampu mnjurus ke arah dosa dan maksiat.

Teringat kata2 seseorang,

"Untuk memahami Al-Quran perlukan hati yg bersih" "Untuk mudah menangkap ilmu yg diberikan juga perlukan hati yg bersih"

Jadi,bagaimana mahu mnjaga hati yg bgitu kcil tetapi besar pengaruhnya ini?Pelbagai perasaan yg boleh bersembunyi di sebalik hati yg kecil ini.


cemburu...

dengki...

dendam...
marah...

bongkak...

prasangka...


Marah


"Suka hati akulah,kau sibuk apasal?"


"Berapa kali aku nak ajar kau?Asal kau ni lembab sangat?"


"Mak kau tak ajar ke?"


"Orang Islam itu terrorist"


Hati manusia mana tidak marah apabila dihambur dgn kata2 sebegini.Sedaya upaya kita cuba mengawal marah,berlagak tenang berpura2 seperti tiada apa2 yg brlaku,tetapi kita tidak mmpu mnipu diri sendiri.Sungguh sukar mengawal sifat yg satu ini.Sedangkan para sahabat yg begitu tggi tahap iman mereka pun pernah marah,apatah lagi kita yg bgitu rdh skli thp iman jika dibndingkan dgn mereka?Hadith Nabi sendiri membuktikan bahawa mengawal marah itu bukan perkara yg mudah.

"Seseorang yang dikatakan berkuasa adalah orang yang berjaya menguasai dirinya ketika marah."
(Hadith)

Seorang manusia marah apabila privasinya dikacau.Seorang manusia marah apabila kata-katanya tidak diambil peduli.Seorang manusia marah apabila miliknya dirampas.Seorang manusia marah apabila dirinya dimarahi.Memetik kata2 seorang ahli motivasi,

"99% manusia marah apabila dirinya ditegur atau dimarahi"

Nah,terbukti bahawa manusia ini memang sinonim dgn marah.Kadang2 tahap kemarahan itu sukar dikawal hingga terjadi perkara bunuh,menyakitkan hati pihak lain tanpa disedari,dan sebagainya.Lantas,apa yg perlu kita lakukan?
Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada kita bagaimana mengawal perasaan marah, kalau berdiri hendaklah kamu duduk, kalau duduk tidak juga meredakan kemarahan hendaklah kita baring. Jika tidak reda juga ambillah wuduk. Mudah-mudahan ia meredakan rasa marah sebagaimana air memadam api.

Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!



Petua Jangan Marah


Berkata Nabi Isa a.s kepada Nabi Yahya bin Zakaria a.s;


" Saya akan mengajar engkau satu ilmu yang berguna iaitu jangan engkau marah!"


"Bagaimana caranya supaya saya jangan marah?",tanya Nabi Yahya a.s. Jawab Nabi Isa a.s:"Bila ada orang yang mengatakan tentang kesalahan engkau, maka katakanlah sememangnya dosa yang saya tidak ingat dan kerananya saya minta keampunan kepada Allah. Dan jika ada orang yang mengatakan satu yang tidak ada pada engkau, maka bersyukurlah pada Allah kerana dia telah membuat kebaikan kepada engkau dengan menghina engkau." Bersama-samalah kita berusaha dalam mengawal marah kerana marah itu emosi.Bila kita emosional, kita tidak rasional. Bertindak secara tidak rasional itulah yang sering mengundang sesalan(Contohnya,menghukum tanpa usul periksa).

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang seorang fasiq kepadamu membawa satu berita, siasatlah terlebih dahulu. Agar jangan nanti kamu bertindak ke atas suatu kaum dengan kejahilan. Lantas semua itu akan mengheret kamu kepada penyesalan atas apa yang kamu lakukan” (Al-Hujurat : 6)

Antara cara utk mghilangkan marah adalah dgn:-
1.sentiasa berjemaah
2.selalu bersama2 dgn org alim

Moga2 kita dapat mengawal amarah kita.

Prasangka

Masyarakat kita penuh dgn prasangka.Pasangan yg lama berkahwin yg belum dikurniakan anak dikatakan mandul.Wanita yg berkahwin lambat dikatakan 'anak dara tak laku'.Isteri yg dimadukan atau mmpunyai suami yg curang,dikatakan tidak pandai mnjaga suami.


Pelbagai prasangka timbul di benak masyarakat kita.Bermacam-macam telahan buruk yg dibuat.Hasutan syaitan benar2 meracuni fikiran masyarakat kita.Tidak sedarkah kita bahawa prasangka mmbawa akibat yg sgt buruk?Prasangka punca seseorang mnjadi pemarah dan pendendam.Prasangka juga boleh mmbawa kehancuran kpd ssebuah organisasi. Ini telah ditegaskan di dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagaimana firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari PRASANGKA, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah
dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"
( Al-Hujuraat,49:12)


Dan bagaimana dosa2 ini mempengaruhi hati kita?


"Sesiapa yg melakukan satu dosa,maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam,sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dprd hatinya.Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya mnjadi hitam"
(HR Ibn Majah)

Sedangkan Rasulullah SAW yg maksum itu,yg hatinya dicuci dan dbersihkan dari titik hitam itu pun,sentiasa bertaubat,apatah lg kita umatnya yg sntiasa ada titik hitam itu.Titik hitam itu tidak boleh hilang,tetapi boleh berubah2 saiznya.Berwaspadalah kita agar titik hitam tidak mmbesar di dlm hati kita.


Yakinilah,"Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat"



~Tiada pertemuan yg lbih manis slain keranaNya~

2 comments:

Ummu Mujahid said...

jzlh mem..lembut sgt menusuk hati..huhu moga dirimu dikurniakan kebaikan..

aiyop nak lagi. nak lagi.

doblen said...

thnx
smoga diri Ummu Mujahid juga dikurniakan kebaikan...