Monday 23 March 2009

Kalaulah...


Kalau aku pkir dulu,msti perkara cmtu takkan terjadi...hmmm

Jika sesuatu berlaku,saya sering ber'kalau-kalau'.Saya yakin semua manusia di alam ini pasti hidupnya pernah ber'kalau-kalau'.
Kita selalu berfikir kalaulah aku dapat putar kembali masa..kalaulah aku boleh ubah yg berlaku semalam....pelbagai lagi 'kalau' yg kita fikirkan.Kita terlalu sibuk berangan utk menukar masa yg lepas,sehingga kita terlupa masa yg akan datang.Kita menangisi takdir sehingga mengabaikan yg sepatutnya.Tetapi ketahuilah,manusia yg asyik menyalahi takdir,akan mnjadi manusia yg lemah.

"Minta tolonglah kepada Allah dan jangan menjadi lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu maka janganlah mengatakan: "Seandainya aku mengerjakan begini maka akan menjadi begitu!" Tetapi katakanlah: "Itu semua adalah takdir Allah, apa yang dikehendaki-Nya dibu
at-Nya." Sebab, perkataan "seandainya.." itu akan membuka pintu buat syaitan". (Hadith)

Tidak tersangka,perkataan 'kalau','seandainya' itu mampu mmbuka pintu buat syaitan.Nauzubillah...


Selain ber'kalau-kalau',kita sering mengeluh tentang apa yg telah berlaku.Bukan sahaja me
ngeluh dgn apa kita dpt,tetapi kita mengharapkan lbih dari apa yg kita dapat. Seorang ibu sering mengeluh tentang anaknya,"Mengapa anak aku tak seperti anak org lain?Anak mereka bijak,cemerlang dlm pelajaran,mendengar kata,rajin ke masjid berjemaah.Sedangkan anak aku,hanya seorang kaki lepak. Seorang pelajar sering mengeluh tentang 'result'nya,"Mengapa aku dilahirkan tidak bijak seperti mereka semua?Mereka tidak perlu bersusah payah bersengkang mata sptku utk mndapatkan result yg baik ".

Ramai daripada kita semua yg pernah mengalami situasi tadi.Jika tidak pernah mengalami pun,saya yakin sekurang-kurangnya ada yg pernah pernah melihat situasi tadi.Biasanya mereka yg mengalami situasi spt ini sering menyalahkan takdir.Bukan itu sahaja,malah ada yg tergamak mengatakan Allah itu tidak adil.Mereka menjadi lemah selemah-lemahnya.Tiada apa yg mmpu dilakukan oleh mereka,selain menangisi nasib sendiri.

Menurut Imam Al-Ghazali,manusia sebegini tidak akan bahagia selama-lamanya.
Katanya,"Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan".Bagi orang gagal memerangi hawa nafsu dan tidak bersyukur dgn apa yg ada,mereka itu tidak akan mnjumpai apa yg dikatakan nikmat kebahagiaan.Jadi,mengapa perlunya mempersoalkan lagi apa yg diberi oleh Allah kepada kita?Tidakkah kita ketahui bahawa Allah telah menetapkan yg terbaik utk kita.

"...Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui ,sedangkan kamu tidak mengetahui."(Al Baqarah,2:216)


Mungkin yg kita idam-idamkan itu buk
an yg terbaik utk kita.Dan mungkin juga,yg kita cuba elak-elakkan itu adalah yg terbaik.Yang pasti,ada hikmah di sebalik sesuatu yg kita dapat atau sesuatu yg terjadi kpd kita.



~Tiada pertemuan yg lbih manis slain kerana-Nya~

2 comments:

Ummu Mujahid said...

ichi.. kamukah yg tulis neh? hihik..nice2.. luv u.. :)

doblen said...

aah..sy ler yg tulis
luv u too~