Monday 9 March 2009

Menyampaikan

 Sampaikanlah sepotong kalimah,walaupun kalimah itu hanyalah kalimah 'Lailahaillallah'

Semalam,selama 3 hari 2 malam saya dan seorg rkn saya ber'homestay' di rumah sebuah keluarga Jepun.Rumahnya tidak jauh dari rumah saya,kira-kira 15 minit sahaja.Keluarga tersebut mmpunyai 7 adik-beradik,seorang ibu yg peramah dan seorang nenek.Kami ras
a bertuah kerana dilayan dgn penuh kehangatan dan kasih sayang.


  
Sepanjang bermalam di rumah mereka,kami berbual.Tentang hobi,tentang kegemaran,tentang sukan,tentang dunia hiburan dan tidak ketinggalan tentang agama.Lumrah alam,perbezaan pasti mencetuskan tanda tanya.Kenapa dan mengapa sering terbit dalam perbualan kami.Mereka benar2 ingin tahu mengenai ke'islam'an Islam.Apakah benar Islam itu terlalu kejam hingga sanggup mmbunuh org2 yg tidak berdosa pd kejadian 11September lalu?Apakah benar yg 'terrorist' itu org yg berjuang dalam Islam?Apakah benar Islam itu terlalu menyusahkan?Pelbagai soalan di benak mereka kami dengari.Dan kami rungkai satu persatu.
  Islam tidak kejam.Mereka yg digelar terrorist itu sbnrnya bknlah Islam yg sebenar.Mereka tidak fhm lagi tentang konsep berjihad dlm Islam.Islam tidak menyuruh berperang sehingga mel
ibatkan kanak2 dan wanita,serta org tua.Islam tidak mengajar mengasari dan membahayakan org yang tidak berdosa.Dengan kemampuan bahasa Jepun kami yg sgt terbatas ini,kami gunakan sebaik mungkin.Alhamdulillah,mereka memahami apa yg ingin disampaikan daripada hati kami.
  Kemudian kami beralih topik.Bercerita tentang upacara kematian org Jepun.Masyarakat Jepun tidak byk berbeza dgn budaya melayu dari segi upacara kematian.Kaum lelaki akan mengurus mayat si mati,manakala kaum wanita pula akan sibuk di dapur menyiapkan juadah.Tetapi,satu yg berbeza.Di Jepun,sesiapa yg mmberi penghormatan kepada si mati,akan diberi 3000yen-5000yen.Kami terangkan,dalam Islam tidak ada perkara sebegitu.Org Islam menganggap kedatangan mereka ke rumah si mati adalah utk mmberi sokongan kpd kluarga si mati.Tentu keluarga si mati dlm kesedihan.Masakan org sedih perlu kita bebani lagi perkara2 spt itu?



Kemudian kami terangkan mengenai Islam yg percaya hanya pada Allah.Tentang Quran yg mnjadi panduan hidup seluruh umat manusia.Tentang ketentuan dan hukum2 yg tercipta.Tentang apa relevannya binatang itu disembelih terlbh dahulu.Kami terangkan kpd mereka bhw setiap yg Allah haramkan itu pasti ada sebabnya.Spt arak yg merosakkn badan dan mnimbulkan kacau-bilau.
  
  "Sungguh,pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bg org yg berfikir"
(Yusuf,12:111)

  
  Kami sgt gmbira.Wlupun tidak byk yg dpt kami lakukan,kami bersyukur kerana Allah mengizinkan kami mnjalankn tgggjawab menyampaikan kepada mereka. Teringat tentang sebuah ayat Quran,

   "..Dia Mengetahui apa yang diusahakan oleh setiap orang,dan org yg ingkar kpd Tuhan akan mengetahui utk siapa tempat kesudahan (yg baik)" (Ar-ra'd,13:42)

Semoga kita semua sentiasa mnjalankan tgggjwb shahadatul haq.


~Tiada pertemuan yg lbih manis slain keranaNya~

2 comments:

misoshiru2312 said...

salam ichi..

kandoushicahtta.

FloWeR LoVeR said...

salam nad...

suke bc ur post...keep writing kay..
gunekan blog ini sbg slh satu cara utk laksanakan tanggungjawab SH tuh...^_^